Tuesday 26 August 2014

#Resepi : Lontong Johor

Resepi Lontong, Originally Made From Johor!

Assalamualaikum,
L.O.N.T.O.N.G
Siapa tak kenal dengan masakan favourite melayu ni, tak kira la pada hari raya ke hari biasa ke ia tetap membuat anda semua leleh tak terhingga apabila melihatnya di mana jua bukan? Bermacam version resepi sebenarnya dapat diperolehi di seluruh negeri yang menerapkan pelbagai teknik adunan bagi setiap hari.

                                    Yum -Yum sedapnya!

So today, admin berbesar hati untuk berkongsi resepi dari Johor memandangkan keaslian lontong ini lahir dari selatan Malaysia. gini caranya :- 

Resepi 'LONTONG JOHOR':

1. Sediakan satu acuan bulat panjang (macam batang tebu tu) as a base untuk bentuk lontong tu nanti.
2. Potong daun pisang secara empat segi. Setiap gulungan harus ada 4-5 lapis (untuk elak pecah).
3. Letak acuan bulat panjang di tengah-tengah dan klip daun kat bawah menggunakan penyungkil gigi tu (make sure patahkan yg bahagian tajam tu). Buat macam nak lipat kuih koci.
4. Nak senang, layukan dulu daun pisang tu - biar dia lembut, senang nak 'decorate', cewah!.
5. Letakkan beras (yg sudah dibasuh) sebanyak 1/4 dari kebesaran daun yang telah dihasilkan tadi (besar lontong depend pada acuan korang tu).
6. Susun dulu semua 'LONTONG' anda dalam periuk (kalau boleh periuk tinggi dan muat-muat utk letak lontong). Susun secara berdiri (menegak ye..). Kalau ada ruang yang kosong (maksudnya 'LONTONG' tak banyak, letaklah apa2 kat tengah periuk, janji semua 'LONTONG' bisa berdiri ketika dimasak!. *jangan baringkan 'LONTONG'...nanti hancur!
7. Lepas tu baru letak air. make sure 'LONTONG' anda semua tenggelam!. 
8. Rebuslah selama (paling cepat dalam 4 jam) kalau boleh 8 jam ke atas (nak tahan lama).
9. Bila dah masak, 'LONTONG' akan seperti, kalau lembik sikit, try picit-picit bagi padat (jgn picit tengah, picit yang hujung).
10. Tunggu sejuk sikit baru potong okey?.

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment