Sunday 31 August 2014

Elak Kena Cekup, Sanggup Mengaku Bukan Islam

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka, semalam.


Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.

Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.

“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.

“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.

Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam.

Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam.


Sumber : Sinar Harian

Dua Siswi Bernafsu Songsang Dicekup

JOHOR BAHRU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi Ambang Merdeka.


Meskipun pada mulanya tiada sebarang syak untuk mendakwa kedua-duanya melakukan khalwat, namun serbuan dilakukan akhirnya membongkar rahsia pasangan lesbian atau dalam Islam disebut sebagai musahaqah itu.

Serbuan sekitar jam 12.45 pagi yang dilakukan sembilan anggota dan pegawai, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari itu menemui alat kelamin lelaki tiruan di dalam bilik berkenaan.

Ketika diketuk untuk melakukan pemeriksaan, seorang daripada mereka berpakaian lengkap memberi kerjasama dengan membuka pintu bilik hotel, manakala seorang lagi berada dalam bilik air dalam keadaan tanpa seurat benang.

Selepas anggota operasi memperkenalkan diri, kedua-dua penuntut IPTA berusia masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu hanya terdiam malah tergamam apabila bilik hotel dihuni mereka diserbu pihak berkuasa.

Ketika disoal siasat, salah seorang daripada mereka mendakwa alat kelamin lelaki tiruan terbabit baharu sahaja dibuka dari paket dan belum dicuba, sebaik sahaja diterima hasil pembelian secara ‘online’.

Zamri berkata, pasangan penuntut terbabit ditahan pihaknya mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana disyaki melakukan musahaqah.

“Mengikut enakmen ini, mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Mohd Zamri berkata, pelbagai peralatan lain termasuklah komputer riba milik pasangan penuntut wanita terbabit dirampas dalam serbuan itu.

Mereka merupakan antara lapan pasangan yang ditahan dalam serbuan Operasi Ambang Merdeka bermula 11 malam hingga 3.30 pagi di sekitar Taman Gaya, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang dan Taman Johor Jaya.

Kesemua pasangan yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat JAIJ untuk tindakan lanjut.


Sumber : Sinar Harian

7 Kucing Paling Popular Di Dunia

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling disayangi di dunia, selain ia merupakan sunnah bagi orang islam kerana kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi SAW. Pada masa kini, kucing turut diangkat sebagai ikon atau selebriti untuk tujuan kepentingan kemanan mahupun hiburan untuk kanak-kanak.

Berikut merupakan 7 kucing paling popular di dunia:-





7) Grumppy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.





6) Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”





5) Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.




4) Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.





3) Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.




2) Maru
Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.




1) Snoopy the Cat
Dengan mata bulat, hidung mungil, dan badan bulatnya, Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya, Cina, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi, mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!

Foto Sekitar Majlis Pekahwinan Eina Azman

Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman & pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri, Azman Abdullah seperti yang dilaporkan menerusi laman media sensasi, Rotikaya.
Pasangan yang mengenakan pakaian yang bertemakan bollywood ini telah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib, Imam Masjid KLCC.
Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.
Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azma.
Berikut adalah gambar sekitar majlis perkahwinan :-



 










7 Foto Unik Tarik Jutaan Pengikut Twitter

Hanya kerana kreatifnya seorang jurugambar Rusia, Murad Osman, beliau menjadi terkenal selepas merakamkan foto kenangannya melancong ke luar negara dan menjadikan teman wanitanya sebagai model. Menggunakan teknik follow me, follower Murad mencecah 1.5juta orang.

Berikut adalah 7 foto unik beliau:-


                        Times Square, USA



                             Corrida, Spain


                           Benidorm, Spain


                             Bali, Indonesia


                     Masjid Suleymaniye, Turkey


                           London, England


                             Istanbul, Turkey



Nasib Malang Seekor Kucing

SELAYANG: Seorang peniaga ikan di pasar Selayang sanggup memukul seekor kucing sehingga cedera parah gara-gara mencuri ikan.


Bagaimanapun, kucing malang itu kini selamat dan dijaga oleh insan yang masih sikap perikemanusiaan. 

Hampir semua gigi kucing ini patah akibat dipukul oleh peniaga ikan terbabit. Kecederaan yang teruk ini menyebabkan si kucing menghadapi kesukaran untuk makan dan terpaksa disuap menggunakan picagari. 


Sebesar manakah kesalahan kucing tersebut sehingga diperlakukan begini, mohon si pemukul diberikan hidayah. Amin

Lisa Surihani keguguran?

Mungkin belum sampai rezekinya lagi. Begitulah dapat diperkatakan mengenai tentang cahaya mata yang ditunggu bagi pasangan romantis popular, Yusry dan Lisa Surihani.



Sedang rakan artis yang rapat dengan dirinya kini sedang bahagia menimang cahaya mata yang pertama selepas hanya beberapa tahun berkahwin, ramai peminat mula mempersoalkan bila pula giliran Lisa Surihani untuk hamil. Anak itu rezeki Tuhan, tahu? Jangan persoal.

Tetapi, menerusi ruangan Diva Interaktif baru baru ini Kosmo! melaporkan satu khabar yang agak menarik untuk dikongsikan dengan anda semua tentang pasangan Lisa Surihani & Yusry.

Menurut wartawan yang menulis kisah ini, Lisa Surihani khabarnya pernah hamil beberapa bulan yang lalu namun telah mengalami keguguran & cerita ini datang daripada sumber terdekat dengan keluarga Lisa Surihani sendiri.

“Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu,” memetik laporan.

Kalau benar apa yang disampaikan, besar dugaan yang diberikan Tuhan buat Lisa Surihani dan juga Yusry sekeluarga. Dengan izin Tuhan, akan ada rezeki pasangan ini untuk timang cahaya mata kelak. Peminat semua harus doakan, bukan persoal. 

Sumber : Rotikaya

Lempar Kenyataan Biadap, 2 Ditahan

KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'.
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan. 
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitter hari ini. 

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia". 

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan." 

Heinrich Himmler adalah antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.

Sumber : Harian Metro

12 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW



Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yg halal, makanan yang baginda minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.

Dan Nabi tidak makan makanan yg PANAS. beliau bersabda : "makanan yg masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang2 Nabi SAW makan semangka (Tembikai) dengan Ruthab (Tamar).

Dan makanan yg paling Nabi gemari adalah daging, dan beliau bersabda yang bermaksud, "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya". Kadang2 Nabi SAW  makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yg duka".

Berikut adalah makanan-makanan kegemaran baginda :-
1) Minyak Zaitun – Untuk Kulit, Radang Perut, Rambut, Lambat tua
2) Air Kosong – Minuman Terbaik (Cara minum dengan perlahan, jangan di teguk)
3) Cuka – Untuk mencuci Perut dan Buah Pinggang
4) Madu – Adalah segala ubat
5) Susu – Buang panas badan, perbaiki mata, ingatan dan untuk menguatkan belakang.
6) Anggur – Untuk cuci darah, buah pinggang dan bersih perut.
7) Barli – Untuk demam
8) Buah Tin – Ubat buasir
9) Delima – Untuk bersih tubuh daripada syaitan, bisikan syaitan
10) Kurma – Makanan yang banyak zat (Setiap rumah mesti ada)
11) Tembikai – Untuk wanita mengandung dan untuk melahirkan anak yang sihat/ sempurna
12) Cendawan – Untuk mata dan untuk merancang keluarga

9 Foto Selfie Paling Ekstrim

Selfie,satu fenomena yang melanda seluruh dunia tanpa mengenal peringkat umur, jantina mahupun bangsa. Namun dalam keghairaan sehingga fenomena ini menjadi viral, ia kadangkala menjadi hiburan malah boleh membahayakan sekiranya diambil secara keterlaluan. Gambar gambar kat bawah ni merupakan koleksi Selfie yang ekstrem dan boleh membuatkan anda kagum malah tak percaya mampu dilakukan. 

Berikut adalah 5 foto selfie yang terlalu ekstrim!











Pada pandangan anda, mana satu yang paling ekstrim??