Sunday 26 October 2014

Kenali Model Fareeda Yang Lebih Cantik Dari Mawar Fizo

Benarkah dakwaan mereka ini? Dan siapa agaknya gerangan model tersebut yang terpilih untuk menggayakan tudung ekslusif dari Fareeda? Bukan sahaja tinggi malah memiliki raut wajah yang cantik dan jelita. Nak tengok, mari layan gambar di bawah.





Ni bukan dah memang cantik dari mawar isteri fizo ni..
NI DINAMAKAN MEMANG SUPERBBBBB CANTIK MELETOOPPP..


KALAU DAPAT BUAT CALON ORANG RUMAH SORANG NI JADI LA.. TAK KISAH YANG MANA-MANA PUN.. HEHEHEHE


Apa pandangan dan pendapat anda??? CANTIK?


10 Petanda Dia Adalah Jodoh Anda

Adakah dia jodoh kita?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Bukti Jelas Doktor Ambil Kesempatan Pada Pesakit Wanita




Memang kurang ajar!!! sebelum itu mohon anda yang belum cukup umur sila beredar dari sini.berbalik cerita ini bayangkan jika ia berlaku kepada anda atau isteri anda bagaimana anda perasaan itu? memang naik gila lah jawabnya.

Walaupun gelaran doktor beliau tetap ada nafsu.Itulah menjadi kerisauan admin.Tambahan di Malaysia boleh dikatakan pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki.Bayangkan jika doktor tersebut berminat dengan wanita tersebut hanya menunggu peluang sahaja pasti akan dapat.

Tapi setakat hari ini admin tidak dengar lagi doktor di Malaysia seperti dalam gambar ini.Namun kita harus berhati-hati dan waspada jika boleh dielakkan sila elakkan sesungguhnya malang tidak berbau.


Saturday 25 October 2014

HINA! Anjing Pakai Serban Dan Jubah Cetus Kemarahan Umat Islam!

Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah perlu dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.



Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah yang kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih bertujuan menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini pada Khamis.

Mohamad Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya.

Tidak Berhati Perut! Wanita Bantai Budak Sekuat Hati Dalam Keretapi!

Singapura - Seorang wanita telah dirakam memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan payung di dalam keretapi MRT pada hari Rabu.


Memetik laporan Stomp.com.sg, kejadian itu berlaku dalam pukul 5.30 petang ketika keretapi tersebut menuju ke arah stesen Tanah Merah.

Menurut perakam video tersebut, wanita berkenaan telah memukul kanak-kanak itu dari tengah-tengah kabin sehingga ke hujung kabin. Wanita itu memukul kanak-kanak berkenenaan sekuat hati sehingga pemegang payung yang digunakan patah.

Menurut perakam itu juga, wanita berkenaan hanya berhenti memukul setelah seorang lelaki di dalam keretapi berkenaan campur tangan.

"Tidak seorang pun menghalang perbuatan perempuan itu sehingga ada seorang lelaki bangun dan masuk campur tangan. Perempuan itu memarahi lelaki berkenaan dan melihat kepada kanak-kanak itu sambil berkata, Kau akan kena lagi bila sampai kat rumah"

Akibat Perkhidmatan Hospital Awam Yang Mengecewakan, Ibu Bertindak Lahirkan Anak Sendirian!

Memang sedih!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita tentu naik hantu jawabnya.Seorang ibu yang sarat mengandung dan diperiksa oleh kakitangan hospital tersebut mendapati air ketumbannya pecah namun beliau tidak memasukkan ibu hamil tersebut ke dalam wad bersalin.

Thursday 23 October 2014

Rungkai : Kenali Kembar Fahrin Ahmad

Mempunyai tubuh lampai serta wajah kacaknya bisa mengundang khayal wanita. Mereka bukan sekadar terpesona dengan personalitinya malah ditebak keraguan apakah si dia ini pelakon popular Fahrin Ahmad kerana wajah mereka seiras?

Disangkakan sebagai Fahrin adalah perkara yang sering berlaku kepada Nazrief Nazri, 23, seorang lagi bakat baru persada lakonan yang bakal meledak! 



Berbicara mengenai gelaran klon Fahrin, Nazrief melihat perkara itu ada pro dan kontranya.

“Dengan sesiapa pun saya disamakan, saya sebenarnya tidak kisah kerana soal paras rupa mana mungkin boleh dipertikaikan kerana itu kuasa Tuhan. Namun biarlah jika suatu hari dikenali, ia atas usaha sendiri bukan menumpang populariti orang.


“Sejujurnya saya mahu berdiri diatas kaki sendiri dan memenangi hati peminat kerana keupayaan lakonan saya.

“Tidak dinafikan, apabila dikait dengan seseorang yang popular seperti Fahrin, proses untuk umum mengenali saya itu lebih mudah.