Sunday 26 October 2014

Kenali Model Fareeda Yang Lebih Cantik Dari Mawar Fizo

Benarkah dakwaan mereka ini? Dan siapa agaknya gerangan model tersebut yang terpilih untuk menggayakan tudung ekslusif dari Fareeda? Bukan sahaja tinggi malah memiliki raut wajah yang cantik dan jelita. Nak tengok, mari layan gambar di bawah.





Ni bukan dah memang cantik dari mawar isteri fizo ni..
NI DINAMAKAN MEMANG SUPERBBBBB CANTIK MELETOOPPP..


KALAU DAPAT BUAT CALON ORANG RUMAH SORANG NI JADI LA.. TAK KISAH YANG MANA-MANA PUN.. HEHEHEHE


Apa pandangan dan pendapat anda??? CANTIK?


10 Petanda Dia Adalah Jodoh Anda

Adakah dia jodoh kita?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Bukti Jelas Doktor Ambil Kesempatan Pada Pesakit Wanita




Memang kurang ajar!!! sebelum itu mohon anda yang belum cukup umur sila beredar dari sini.berbalik cerita ini bayangkan jika ia berlaku kepada anda atau isteri anda bagaimana anda perasaan itu? memang naik gila lah jawabnya.

Walaupun gelaran doktor beliau tetap ada nafsu.Itulah menjadi kerisauan admin.Tambahan di Malaysia boleh dikatakan pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki.Bayangkan jika doktor tersebut berminat dengan wanita tersebut hanya menunggu peluang sahaja pasti akan dapat.

Tapi setakat hari ini admin tidak dengar lagi doktor di Malaysia seperti dalam gambar ini.Namun kita harus berhati-hati dan waspada jika boleh dielakkan sila elakkan sesungguhnya malang tidak berbau.


Saturday 25 October 2014

HINA! Anjing Pakai Serban Dan Jubah Cetus Kemarahan Umat Islam!

Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah perlu dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.



Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah yang kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih bertujuan menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini pada Khamis.

Mohamad Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya.

Tidak Berhati Perut! Wanita Bantai Budak Sekuat Hati Dalam Keretapi!

Singapura - Seorang wanita telah dirakam memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan payung di dalam keretapi MRT pada hari Rabu.


Memetik laporan Stomp.com.sg, kejadian itu berlaku dalam pukul 5.30 petang ketika keretapi tersebut menuju ke arah stesen Tanah Merah.

Menurut perakam video tersebut, wanita berkenaan telah memukul kanak-kanak itu dari tengah-tengah kabin sehingga ke hujung kabin. Wanita itu memukul kanak-kanak berkenenaan sekuat hati sehingga pemegang payung yang digunakan patah.

Menurut perakam itu juga, wanita berkenaan hanya berhenti memukul setelah seorang lelaki di dalam keretapi berkenaan campur tangan.

"Tidak seorang pun menghalang perbuatan perempuan itu sehingga ada seorang lelaki bangun dan masuk campur tangan. Perempuan itu memarahi lelaki berkenaan dan melihat kepada kanak-kanak itu sambil berkata, Kau akan kena lagi bila sampai kat rumah"

Akibat Perkhidmatan Hospital Awam Yang Mengecewakan, Ibu Bertindak Lahirkan Anak Sendirian!

Memang sedih!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita tentu naik hantu jawabnya.Seorang ibu yang sarat mengandung dan diperiksa oleh kakitangan hospital tersebut mendapati air ketumbannya pecah namun beliau tidak memasukkan ibu hamil tersebut ke dalam wad bersalin.

Thursday 23 October 2014

Rungkai : Kenali Kembar Fahrin Ahmad

Mempunyai tubuh lampai serta wajah kacaknya bisa mengundang khayal wanita. Mereka bukan sekadar terpesona dengan personalitinya malah ditebak keraguan apakah si dia ini pelakon popular Fahrin Ahmad kerana wajah mereka seiras?

Disangkakan sebagai Fahrin adalah perkara yang sering berlaku kepada Nazrief Nazri, 23, seorang lagi bakat baru persada lakonan yang bakal meledak! 



Berbicara mengenai gelaran klon Fahrin, Nazrief melihat perkara itu ada pro dan kontranya.

“Dengan sesiapa pun saya disamakan, saya sebenarnya tidak kisah kerana soal paras rupa mana mungkin boleh dipertikaikan kerana itu kuasa Tuhan. Namun biarlah jika suatu hari dikenali, ia atas usaha sendiri bukan menumpang populariti orang.


“Sejujurnya saya mahu berdiri diatas kaki sendiri dan memenangi hati peminat kerana keupayaan lakonan saya.

“Tidak dinafikan, apabila dikait dengan seseorang yang popular seperti Fahrin, proses untuk umum mengenali saya itu lebih mudah.

Isu Acara Makan Katak Di Sekolah, Salah Siapa??


Status : Palsu (Disalah Tafsir)

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak di sekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demonstrasi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu

Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.


Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yang tidak pasti

Amuk! Wanita Hancurkan Mesin ATM

Dongguan : Sebuah ATM telah dihancurkan gara-gara menelan sekeping kad bank milik seorang wanita. Lebih memeranjatkan lagi, ATM itu 'dicederakan' tanpa melibatkan sebarang alat oleh perempuan itu.

Polis tempatan telah mengesahkan kejadian terbabit berpunca kerana ATM tersebut menelan kad bank wanita tersebut.

Menurut polis lagi, wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan telah dihantar ke pusat sakit jiwa di Dongguan.




ATM yang mengalami 'kecederaan' itu bagaimanapun tidak kehilangan sebarang duit

Kisah Hantu Paling Popular & Seram Di Jepun


Seorang gadis muda menyeramkan yang telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.


Ia bukan sesuatu yang misteri untuk sekolah mempunyai tandas yang telah diduduki oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia selalunya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga - biasanya tandas perempuan. Datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek.

Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Hanako-san biasanya akan mengetuk pintu (biasanya tiga kali), memanggil namanya dan bertanyakan soalan yang tertentu.

Soalan yang paling biasa adalah hanya "Adakah anda di sana, Hanako-san?". Jika Hanako-san benar-benar wujud, katanya dengan suara yang lemah, "Ya, saya di sini.". Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika hanako-san didalamnya akan ditarik masuk ke dalam tandas.


Cerita mengenai hanako-san ini terdapat dalam banyak versi . Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa hano-san telah wujud sejak tahun 1950-an.

Ada cerita-cerita yang mendakwa dia adalah hantu gadis era Perang Dunia ke-2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok.
Cerita-cerita lain mendakwa mati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorok didalam tandas bertahun-tahun.

Dalam sesetengah kes, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari Fukushima wilayah, sebagai contoh, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan).

Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san telah muncul dari semasa ke semasa. Berikut adalah beberapa variasi yang lebih berwarna-warni. Menurut salah satu legenda wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi kepada anda jika Hanako-san bercakap kepada anda dengan suara yang jahat.

Satu lagi legenda dari Yamagata wilayah mendakwa bahawa Hanako-san sebenarnya 3-meter panjang, 3-kepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk menarik mangsanya.

Di sebuah sekolah di bandar Kurosawajiri (wilayah Iwate), hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih muncul dari lubang di tandas yang ke tiga .

Dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Yokohama (Kanagawa wilayah), didakwa bahawa tangan berdarah muncul dari tandas yang ditinggalkan jika anda berjalan di sekitar tandas sambil memanggil nama hanako-san tiga kali.

Kisah juga telah diedarkan kira-kira apa yang dipanggil "Hanako kulat" yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang scrapes lutut mereka di taman permainan.

Jangkitan dilaporkan menyebabkan cendawan kecil bercambah dari sakit kurap. Bagi sebahagian besar, Hanako-san tidak berbahaya dan boleh dielakkan hanya dengan menjauhi tempat persembunyian beliau yang ditetapkan.

Tetapi jika anda perlu untuk menyingkirkan tentang dia, cuba menunjukkan peperiksaan satu bergred beliau dengan skor sempurna.Beberapa legenda mendakwa bahawa melihat gred yang baik membuat dia hilang ke udara nipis. 

Wednesday 22 October 2014

Kejam! Kaki Unta Dipotong Pengemis Demi Raih Simpati


Sekumpulan peminta sedekah di China didakwa sanggup memotong kaki seekor unta untuk menggunakan haiwan tersebut meraih simpati orang ramai, lapor MailOnline semalam.




Seorang aktivis hak asasi haiwan di China, Xiong Kung mendakwa, mereka mengesan dua lelaki membawa seekor unta yang kudung keempat-empat kaki untuk meminta sedekah di bandar Fuzhou, dalam wilayah Fujian.




“Kami mendapat maklumat mereka memperoleh banyak wang daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan ini. Peminta-peminta sedekah itu mendakwa, unta berkenaan cacat selepas dilanggar sebuah kereta api dan mereka meminta dana daripada orang ramai untuk menjaga haiwan berkenaan.Polis mengesahkan haiwan itu sengaja dicacatkan sebagai salah satu cara untuk meraih simpati orang ramai,” katanya.


Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap individu berkenaan kerana di China tiada undang-undang berhubung penganiayaan terhadap haiwan,” katanya. – Agensi


HOT! Gadis Bertudung Tunjuk ASET!



Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan bermunculan. Entah darimana asal muasal gaya atau trend tersebut. Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya bisa memfilterisasi semua permainan Dunia ini.

 

Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain. Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan.

Muslimah yang baik adalah Muslimah yang selalu memakai Jilbab dengan baik dan terlihat sopan. Jangan asal-asalan berjilbab. Dan juga kalau memakai Jilbab, harus dicocokkan dengan Pakaian yang anda pakai.
Jangan memakai Jilbab jika anda mengenakan baju lengan pendek dsj.
Jangan memakai Jilbab jika anda memakai pakaian yang Super Ketat.

Bagi Anda perempuan, pakailah Jilbab dengan benar. Kurang lebih seperti gambar dibawah.



 

Jangan memakai Jilbab seperti gambar gambar berikut ini:

 

 

 



 

 

 

Kenapa? Apa ada yang salah dengan gambar gambar tersebut?

Ya Jelas ada yang salah, silahkan Anda perhatikan. Para Wanita pada gambar diatas memakai Jilbab asal-asalan.

Yaitu Mereka memakai Jilbab sekaligus Mengenakan Pakaian Ketat dan menonjolkan Payudaranya. Anda lihat sendiri Foto nya.

Apakah ini yang disebut Muslimah yang baik? Tidakkk!!!!

Terang saja, jika anda meniru seperti gambar diatas, sama saja Anda merupakan golongan dari Syetan. Sama hal-nya anda juga ikut Mengundang hawa Nafsu para Lelaki yang Melihat Anda.

Bukankah Jilbab sebagai Simbol Kehormatan Identitas Perempuan?
Ya! Jadi mengapa Anda masih mengenakan Jilbab seperti di gambar? (ini bagi anda yang merasa saja)
Kalau begitu anda sama saja sudah menginjak-injak Kehormatan Identitas Perempuan itu sendiri, yaitu kehormatan Anda juga sebagai seorang Wanita.

Nah, Saudari.... Sadarlah...
Anda belum terlambat untuk merubah segalanya...

coment aku..semua sudah perpuan sudah leka dgn fesyen skrang..jadilah seorng wanita yg dipandang lelaki sebgai muslihat yg sedap mata memandang..bukan sebgai hawa nafsu .

Gadis Ayu Relax Je Belai Harimau!

Gambar aksi gadis manis membelai dan menyentuh harimau dapat ribuan perhatian dan komen, dalam kehangatan rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu program sentuh anjing, I Want to Touch a Dog.


Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba.

Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia. Minggu ini di laman sosial Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu.

Pada awalnya, gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu. Rasa-rasanya harimau ini jantan agaknya.. miang dan manja semacam jer!.. hehe..

Tapi yang kelakarnya , gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook dan membandingkan gambar ini dengan kontroversi kes acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) .

Reaksi Wajah Pasangan Sedang Projek Dalam Kereta



Perggh! Bayangkan jika anda nak buat projek tiba-tiba orang snap gambar anda jadi jangan marah kerana sebelum buat projek anda tak nak berfikir halal haram jadi jangan sampai anda mangsa seterusnya menjadi seperti ini

inilah gambar-gambar reaksi pasangan sedang projek dalam kereta yang gambarnya berjaya ditangkap kesemua gambar ini dari negara jepun














KEJAM! Bayi Kembar 12 Dibunuh!

Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Tuesday 21 October 2014

Fazura Dan Teman Bercumbu Di KLIA?

Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai khabar angin aksi berciumnya di KLIA dengan teman tapi mesranya, Randy Seidman, Nur Fazura tampil memberikan kenyataan pertamanya semalam.

Mengakui baru mengetahui mengenai khabar angin itu, Fazura nyata terkejut dengan dakwaan tersebut.


Teruskan membaca…

Kata Fazura menerusi MalaysianDigest:

Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana…? Bercumbuan ni ada macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar.

Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium. Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya.

Walaupun sebelum ini dikatakan ada gambar dan video aksi Fazura itu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang bukti dipertontonkan kepada khalayak ramai. Yang bagusnya, Fazura tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita tersebut. Respek penulis dengan ketenangan pelakon ini.


Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allah lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi apapun niat dia, itu antara dia dengan Allah

Diharapkan dengan penjelasan sebenar Fazura ini, semua pihak berpuas hati. Secara logiknya takkanlah artis sepopular Fazura ingin melakukan aksi sumbang di khalayak ramai. Nampak sangat tidak logik. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan keakraban Fazura dan Randy sehingga sanggup menyebarkan cerita tidak masuk akal ini. Apa pula komen anda?

Pelanggan Mengamuk Di KFC Sebab Ayam Berulat?

Cerita ini tersebar meluas di internet apabila salah seorang pengguna facebook telah memuat naik gambar ini. Betul atau tak ? Baca selanjutnya

Beberapa komen yang admin sempat baca salah seorang pengguna Facebook mengatakan " Apabila ayam tak abis di jual mereka tak simpan dan pekerja ataf staff tidak dibenarkan untuk makan nya.

Nota : Mungkin ini ada orang sengaja nak jatuhkan KFC kot admin pun tak tahu. Kita tunggu lagi penjelasan .

Sumber : Facebook

Zizan Sertai Jambu?? MLM 2014 Tampil Lebih MANTAP!

Rancangan kegemaran jutaan rakyat Malaysia kini kembali lagi. Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) akan memeriahkan Jumaat malam anda tidak lama lagi. Ada beberapa percaturan menarik daripada Astro untuk MLM2014 kali ini. Dengan membawakan tema ‘superhero’, MLM2014 menyaksikan rombakan besar-besaran kepada beberapa kumpulan yang bergelar otai di rancangan realiti kesukaan ramai ini.



Jika sebelum ini dianggotai oleh Yus dan Tauke, kali ini kumpulan Jambu menyaksikan kemasukan Zizan. Seperti yang anda sedia maklum, Zizan sebelum ini sering berganding bahu dengan Johan dalam kumpulan Jozan. Namun Johan kali ini tidak menyertai MLM2014. Manakala untuk kumpulan Sepahtu, Rahim R2 tidak dikekalkan sebaliknya digantikan dengan Ilya Senario. Rahim pula akan membentuk kumpulan baru bersama Along dan Joey. Untuk MLM2014, tiada lagi kumpulan dari Indonesia.


Kumpulan-kumpulan lain seperti Bocey, SYJ dan Nabil akan turut sama menyertai MLM2014. Jika MLM2013 menyaksikan kemenangan Sepahtu, adakah kali ini sejarah yang sama akan berulang kembali? Tak sabar rasanya menanti persembahan para pelawak untuk minggu pertama MLM2014.

Monday 20 October 2014

Kisah Sebenar Di Sebalik Program Demonstrasi Pegang Anjing

Dipetik dari MutiaraPost.com, Inilah Muka Penganjur Dan Ustaz-Ustaz Yang Menganjurkan Kempen Pegang Anjing. Yang Admin Hairanya Kenapa Ustaz-Ustaz Yang Bagi Ceramah Semasa Kempen Pegang Anjing Tidak Pulak Pegang Anjing...??


Mudahnya Memesongkan Akidah Umat Islam. Yang Umat Islam Pergi Dan Pegang Anjing Tue Bagai Tak Rasa Bersalah Atau Tidak Boleh Fikir Kew Walau Macam Mana Pun Anjing Tue Tetap Haram Bagi Umat Islam!

Setelah diselidik, Program ini mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor. Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang pengunjung yang hadir di program berkenaan.




Apakah penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan seperti kucing? 

Persoalan inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.

Katanya lagi penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini dan ianya perlu ditolak.

Umat Islam harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh menyebabkan najis berat (mughalazah).

Apakah tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?

Aidit Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam pemikiran kalangan umat Islam di negara ini. Katanya lagi hasrat untuk membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.

Sementara itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat janggal”.

Ustaz Kazim Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur mengadakan kempen tersebut.Berikut adalah apa yang dikatakannya :

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

Kita berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini. Tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?

Hangat Berparti, Erin Malek Terus Membisu

Selebriti jelita yang baru melangsungkan perkahwinan nya Erin Malik masih belum jawab mengenai Gambar Viral yang di katakan diri nya yang kini tersebar di media sosial. Melalui ruangan Hiburan di Utusan Online, Erin Malik masih belum jawab mengenai gambar Viral tersebut.

Terkejut Goyah apabila melihat foto Erin Malek yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lepas.



Ini bukan foto majlis pernikahan atau resepsinya bersama suami, tetapi tiga keping foto dia berada di kelab malam dalam situasi mendebarkan. Kononnya, si Erin yang popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza itu sedang asyik sekali berhibur di sebuah kelab, seiring dengan Oktoberfest yang dikecam banyak pihak.


Apa sebenarnya cerita di sebalik gambar ini? Jangan tanya Joyah. Sampai hari ini, Joyah pun tidak pasti apakah foto itu merupakan adegan daripada salah satu drama lakonan Erin atau memang benar gambar dia sedang bersosial.


Joyah cuba mendapatkan penjelasan daripada Erin. Namun, sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Erin seperti agak berat untuk membalas panggilan pihak wartawan. Walaupun Joyah tahu dia ada membaca Whatsapps yang dihantar, pelakon itu memilih untuk berdiam diri yang mana ini meninggalkan tanda tanya kepada semua orang.


Apapun, Joyah harap Erin akan tampil menjelaskan semuanya. Sekurang-kurangnya kita lebih jelas dan tidak membuat tafsiran yang kurang molek mengenai pelakon cantik ini.


Lagipun ini bukan kali pertama Erin berhadapan dengan isu kontroversi, jadi para pembaca dan peminat Erin di harap bersabar menunggu penjelasan dari Erin mengenai gambar tersebut yang di kecam hebat di media sosial, pada Erin Semoga berbahagia bersama suami tercinta.

Sunday 19 October 2014

Potret Persandingan Tun M & Isteri Suatu Masa Dahulu

Pastinya rakyat Malaysia tidak pernah melihat detika-detik manis Tun Dr. Mahathir disatukan dengan Siti Hasmah. Jom baca dan layan sekeping keratan akhbar di bawah untuk mengetahu serba sedikit kisah perkenalan mereka sebelum berkahwin.