Thursday 23 October 2014

Rungkai : Kenali Kembar Fahrin Ahmad

Mempunyai tubuh lampai serta wajah kacaknya bisa mengundang khayal wanita. Mereka bukan sekadar terpesona dengan personalitinya malah ditebak keraguan apakah si dia ini pelakon popular Fahrin Ahmad kerana wajah mereka seiras?

Disangkakan sebagai Fahrin adalah perkara yang sering berlaku kepada Nazrief Nazri, 23, seorang lagi bakat baru persada lakonan yang bakal meledak! 



Berbicara mengenai gelaran klon Fahrin, Nazrief melihat perkara itu ada pro dan kontranya.

“Dengan sesiapa pun saya disamakan, saya sebenarnya tidak kisah kerana soal paras rupa mana mungkin boleh dipertikaikan kerana itu kuasa Tuhan. Namun biarlah jika suatu hari dikenali, ia atas usaha sendiri bukan menumpang populariti orang.


“Sejujurnya saya mahu berdiri diatas kaki sendiri dan memenangi hati peminat kerana keupayaan lakonan saya.

“Tidak dinafikan, apabila dikait dengan seseorang yang popular seperti Fahrin, proses untuk umum mengenali saya itu lebih mudah.

No comments:

Post a Comment