Namun, dia menganggap ia sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk karier lakonannya itu. Baginya sewaktu filem itu dalam penggambaran dia hanya berumur 19 tahun dan masih mentah dalam dunia lakonan.
Sekiranya ada tawaran untuk dia melakukan aksi daring sebegitu dia sekali lagi menegaskan akan menolaknya dan hanya akan memilih skrip yang bersesuaian dengan apa yang dikehendakinya.
“Saya akan pilih lagi skrip dan takkan main ambil seperti bidan terjun di mana semua projek ambil. Bagi saya nak kata saya berani buat aksi macam itu tidak juga, malah ada yang lebih ekstrim daripada saya. Itu hanyalah pengalaman untuk saya lebih pandai memilih,” katanya.
Sebelum memulakan aksi yang bakal mencetuskan kontroversi itu, Miera sendiri telah hubungi dan memberitahu ibunya yang juga merangkap sebagai pengurusnya untuk menjalankan aksi tersebut. Ternyata ibunya memahami dengan apa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anaknya itu selagi tidak mengaibkan dirinya sebagai seorang gadis.
No comments:
Post a Comment