Tuesday 30 September 2014

Kenapa Cincin Tunang/Perkahwinan Sering Dipakai Pada Jari Manis??

Anda tentunya tertanya-tanya kenapa cincin perkahwinan mahupun pertunangan sering kali dipakai di jari manis seseorang individu?



Menurut kepercayaan masyarakat Cina, mereka percaya bahawa setiap satu jari itu melambangkan simbolik perhubungan kita dengan manusia di sekililing kita.

Sebagai contoh, ibu jari mewakili ibu bapa, jari telunjuk (adik-beradik), jari tengah (diri sendiri), jari manis (pasangan) dan jari kelingking (anak-anak).

Demonstrasi ditunjukkan apabila kita menggabungkan kesemua kesepuluh jari, dapat dilihat masih ada ruang di antara empat jari tersebut untuk berpisah, tetapi tidak di jari manis.

Dari situ, mereka percaya yang jari manis memang dikhaskan untuk cincin perkahwinan kerana hubungan dengan pasangan suami isteri tidak mungkin dapat dipisahkan seperti mana hubungan dengan ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak.

Sempoi! CEO Penerbangan Jepun Pergi Kerja Naik Bas

Gaya hidup dan gaya kerja beberapa orang tertinggi dalam sesebuah syarikat korporat berbeza-beza mengikut personaliti masing-masing.

Lebih-lebih lagi gaya hidup seorang yang berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Di Facebook Aviation With Style yang memaparkan berita mengenai industri penerbangan seluruh dunia, ia memaparkan gaya kerja CEO sebuah syarikat penerbangan antara 10 yang terbaik di dunia.

Itulah Presiden dan CEO Syarikat penerbangan Jepun Japan Airlines (JAL) Haruka Nishimatsu yang bekerja dengan gaya sederhana mengikut paras pekerja-pekerja bawahannya yang banyak membantunya.

Nishimatsu memulakan harinya dengan pergi ke pejabat dengan menaiki bas awam. Kemudian pada waktu tengahari, beliau turut beratur bersama-sama dengan ratusan pekerjanya di kafeteria tanpa meminta diberi keutamaan sebagai CEO.




Ketika JAL memberhentikan pekerja dan meminta pekerja yang sudah berumur agar bersara awal, Nishimatsu turut memotong setiap elaun dan faedah yang diterimanya sebagai CEO syarikat penerbangan itu.

Untuk tahun ketiga kali ini, beliau memotong gajinya sendiri.

Pada tahun 2007, gaji Nishimatsu ialah kira-kira US$90,000 Dolar Amerika setahun (RM293,985) lebih rendah dari jumlah gaji yang diperolehi oleh juruterbang JAL.

“Pekerja yang menerima pelawaan untuk bersara awal adalah dalam generasi yang sama dengan saya, jadi saya rasa saya mesti berkongsi bayaran gaji saya dengan mereka jadi saya ubah gaji saya.

“Ia bukanlah satu masalah besar bagi saya,” kata Nishimatsu.

Apabila ditanya adakah beliau mengetahui bahawa CEO di negara lain memperolehi bayaran berjuta-juta setahun, beliau hanya terkejut dan berasakan ia tidak sepatutnya berlaku seperti itu.

Mungkin CEO syarikat penerbangan Malaysia (MAS) boleh belajar sesuatu daripada cerita ini agaknya.

Benarkah Wanita Lebih Meminati Lelaki Berjanggut??

Janggut lebat yang dimiliki lelaki ternyata menjadi daya tarik tersendiri bagi wanita. Di mata wanita, janggut memberikan pesona yang membuat lelaki jadi lebih menarik.


Lelaki lebih sinonim dengan penampilan yang macho dan jantan. Salah satu cara mendapatkannya yakni dengan memelihara janggut. Dengan sifat tersebut, mereka bukan saja menarik tetapi juga tampil maskulin.

Kesan macho dan jantan itu pun ternyata menarik perhatian wanita. Bagi mereka, lelaki yang memiliki janggut kelihatan lebih macho dan maskulin. Bukan hanya itu, janggut juga membuat lelaki kelihatan lebih menarik dan seksi di mata wanita. Hal ini menyebabkan para penyelidik terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut, seperti dilaporkan Cosmopolitan.

Sebuah penelitian baru yang dimuatkan di 'Journal Behavioral Ecology' mengatakan bahawa lelaki kelihatan lebih macho ketika dia mempunyai janggut. Para penyelidik mendapati kecenderungan tersebut berkait rapat dengan rahang lelaki. Janggut membuat rahang lelaki kelihatan lebih besar dan membuatkannya kelihatan lebih agresif ketika marah, daripada lelaki dengan wajah bersih tanpa janggut.

Kajian lain juga mendapati bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, yakin dan dewasa.

Jadi bila anda inginkan kekasih kelihatan lebih pintar dan yakin pada diri, pintalah dia untuk memelihara janggutnya.

TERKINI : Wajah Penggodam ATM Didedahkan!

Di bawah adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.







Setakat ini, kes penggodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siaga sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini.




Sumber: Sarawakiana.net

Monday 29 September 2014

Tikus Terbesar Di Malaysia, KJ Terkejut Besar!



Di bandar-bandar besar, memang biasa kelibat haiwan perosak iaitu tikus dilihat berkeliaran mencari makanan di dalam longkang dan di kawasan-kawasan kotor.

Bagaimanapun, pernahkah anda melihat tikus gergasi yang saiznya seperti seekor kucing.
Gambar seekor tikus yang sebesar itu telah menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terperanjat selepas melihat gambar itu di twitter @FriendsofBN1.


“Apakah? No way…,” kata Khairy merujuk kepada tweet yang memaparkan gambar itu.
Ia menunjukkan gambar seekor tikus yang telah mati dan dibawa oleh seorang lelaki yang memakai penutup mulut.
Hasil pemeriksaan lanjut, tiada maklumat berkaitan tikus spesis apa yang dibawa oleh lelaki itu dan di mana gambar itu dirakamkan.

Bagaimanapun, jika diperhatikan di bahagian latar belakang gambar itu kelihatan sebuah bas yang mirip sebuah bas di Malaysia. Nampaknya di negara kita sudah ada tikus yang membesar sehingga mencapai saiz sedemikian rupa.
Di laman sosial twitter, gambar itu kini viral.


Bagaimanapun, ada maklumat berkaitan spesis tikus yang bersaiz besar tetapi habitatnya bukan di bandar-bandar besar dan berbeza rupanya dengan tikus di dalam gambar berkenaan.
Agak-agaknya, kalau tikus begini ada di rumah anda, bagaimanalah agaknya?

Sunday 28 September 2014

Kangkang Tayar : Fesyen Masakini Bagi Kereta??

Sebenarnya, kami masih tidak faham apa fungsi pemilik kereta 'mengangkangkan' tayar mereka..

Mungkin disebabkan jika berbuat begitu, kereta kelihatan lebih ranggi atau mungkin juga ada efek pada 'performance kereta'.

Tapi sekali kami tengok, kereta dah macam terkangkang-kangkang nak gerak.. Kesian pulak kat kereta.

Perlu juga diingat, perbuatan mengangkang tayar kereta ini akan dikenakan tindakan tegas dari JPJ. Kang tak pasal-pasal lesap RM 300 sebab kena denda.





Gadis Dirogol 5 Pencegah Maksiat

Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat pada Ahad lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.

MAUT! Budak 11 Tahun Jatuh Dari Tingkat 9


Muar: Seorang kanak-kanak perempuan, 11 tahun, maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan berhampiran tangki air Kuarters Polis Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, Nuru Elies Natasha Abdul Aziz meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas bangunan 9 tingkat.

Mangsa yang tinggal di Blok F2 bersebelahan dengan bangunan itu dikatakan pergi kebangunan berkenaan bersama ibu untuk menghadiri majlis pertunangan penghuni di situ. Bagaimana, mangsa yang keluar bermain-main dengan rakannya sebelum tergelincir.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas cedera parah di kepala dan badan dikebumikan di Jeli, Kelantan pagi semalam.

Tradisi Paling Pelik Di Kubur!

Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup!



Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana.

Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho."

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung.



Mereka juga mendoakan dan menangisi 'jenazah' itu ketika akan dikuburkan.

Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua.

Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut 'jenazah' untuk diminumnya.

Setelah itu 'jenazah' membuka mata dan keluar dari keranda tersebut.

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan.

Nama 'Pachencho' sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan.



Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar, " kata Yaumara Solis.

"Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."

Gempar! Kelibat Buaya Oren Berjaya Dirakam!

Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen.



Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut.



FAKTA : Kenapa Wanita Lebih Menyukai Lelaki Muda

Tidak sedikit orang yang mencebik apabila Yuni Shara dan Raffi Ahmad menjalin hubungan cinta. Ini kerana usia pasangan kekasih itu yang jauh berbeza. Padahal, wanita menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara baru.



Lihat saja pasangan Misye Arsita-Agus Leo yang berbeza usia 6 tahun, Nia Daniaty-Farhat Abbas dengan selisih 12 tahun, Dian Nitami dan Anjasmara, serta Nassar KDI-Muzdalifah. Biarpun suaminya lebih muda, hubungan mereka bertahan hingga sekarang. Pelakon Demi Moore juga pernah berkahwin dengan Ashton Kutcher yang lebih muda, namun akhirnya bercerai.

Menurut ahli psikologi, Ratna Supradewi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda biasanya sudah mantap daripada segi sosioekonominya. Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Tambahan pula, kebanyakan teman sepejabat adalah daripada golongan lelaki yang lebih muda," jelas ahli psikologi yang juga seorang pensyarah itu. Lebih-lebih lagi jika teman lelakinya itu dapat memenuhi harapannya. Jadi, mengapa tidak menjalinkan hubungan istimewa?

Menurut Ratna lagi, hubungan wanita dengan jejaka yang lebih muda masih dianggap normal, selagi si lelaki tidak berasa terpaksa. Mungkin si lelaki memang ingin memiliki pasangan yang mantap agar dapat membimbingnya. Lelaki sebegitu tidak mahu menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda, yang biasanya lebih manja. "Jadi dia memilih wanita yang dapat mengurus dan membimbingnya," jelas beliau.

Walau bagaimanapun, Ratna mengakui bahawa pada umumnya wanita cenderung memilih pasangan yang lebih tua kalau tidak pun sebaya. Namun usia bukanlah satu-satunya faktor pengukur kematangan berfikir dan emosi. Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.

Mungkin juga wanita memilih lelaki lebih muda kerana ia membuatkan hidup mereka lebih bersemangat. Secara umum, lelaki yang lebih muda adalah lebih aktif, lebih menyeronokkan apabila bersiar-siar atau keluar bersama dan masih gemar melakukan aktiviti mencabar seperti berkhemah dan mengembara. "Jika sebaya, mereka mungkin akan keletihan apabila pulang daripada bekerja dan hanya mahu berehat di rumah," katanya.

Ratna berpendapat, wanita yang memilih pasangan yang lebih muda biasanya memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berasa yakin lantaran kedudukan diri yang sudah kukuh dan stabil. Di luar negara, isu wanita berpasangan dengan lelaki lebih muda sudah menjadi lumrah. Apatah lagi dalam kalangan selebriti, yang mana wanitanya sudah mapan.

"Sebaliknya di negara kita, jika dia dalam kategori wanita biasa, biasanya dia hanya mencari keselesaan dan merasai cabaran. Dan lelaki yang masih aktif melakukan pelbagai perkara mungkin menarik baginya,” jelas beliau.

Namun Ratna mengingatkan bahawa hubungan berbeza usia tetap ada halangannya. Ini kerana wanita mahu pun lelaki akan berkembang seiring pertambahan usia. Jika si lelaki semakin matang dan mantap sedangkan yang wanitanya tidak mampu mengimbangi perkembangan itu, maka masalah akan timbul.

Jadi menurut Ratna, wanita yang memiliki pasangan lebih muda harus berfikir tentang masa hadapan mereka. Katanya lagi, apabila usia bertambah setiap individu pasti akan berubah.

Beliau turut menyarankan agar perbezaan usia pasangan tidak terlalu jauh, hanya sekitar 4-5 tahun. Perbezaan yang tidak terlalu jauh membolehkan pasangan menghadapi halangan dengan lebih mudah berbanding mereka yang memiliki perbezaan usia melebihi 10 tahun.

Menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda adalah suatu pilihan yang boleh diterima akal. Namun wanita harus memberi perhatian terhadap beberapa perkara agar hubungannya itu berkekalan.

Berikut beberapa tip daripada Ratna Supradewi:

- Wanita yang mempunyai pasangan lebih muda harus selalu bertenaga dan aktif.


- Wanita harus memiliki pengetahuan yang luas, memperluaskan wawasan selain sentiasa berusaha membangunkan diri.

- Wanita harus pandai menjaga kesihatan dan penampilan agar dapat mengimbangi kekasih / suaminya yang lebih muda.

- Pasangan berkenaan harus sentiasa dapat berkomunikasi dengan baik termasuk membincangkan masalah yang dihadapi.

- Wanita janganlah terlalu cemburu terhadap pasangannya yang lebih muda meski pun kekasih / suaminya itu mempunyai ramai kawan sebaya. Berikan ruang kepada mereka yang lebih muda.


Keburukan Ketagihan Kafein

Apakah anda seorang yang ketagih dengan minuman berkafein? Kalau tidak dapat dalam sehari, rasa macam tak lengkap hari itu. Sebahagian daripada kita selalunya mengambil kafein untuk mengelak diri daripada mengantuk, tidak kiralah ketika mengulangkaji pelajaran, kerja syif malam atau sekadar berjaga tengok bola.



Namun sedarkah anda keburukan yang sering dikaitkan dengan kafein?

Kafein kebiasaannya diambil waktu pagi sebelum ke kelas atau ke pejabat. Bagaimanapun kafein haruslah diambil dalam kuantiti yang kecil jika ingin mengambilnya lebih kerap. Cukup secawan kopi atau teh. Ada juga yang mengambilnya dua kali dalam seminggu untuk mengurangkan rasa ketagihan.

Sebenarnya kafein tidaklah membawa padah jika sentiasa dikawal pengambilannya. Malah mengikut satu kajian menunjukkan bahawa kafein mampu mengurangkan penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Namun jumlah peratusannya berbeza bergantung kepada pesakit.

Minuman berkafein memang tidak digalakkan oleh ibu bapa buat anak-anak kecil terutama ketika proses pembesaran mereka. Sesetengah ibu bapa bimbang ia akan membuatkan mereka ketagih.

Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji tumbuhan. Kafein juga dihasilkan secara tiruan untuk ditambah dan digunakan dalam proses pembuatan makanan tertentu.

Kafein berfungsi merangsang sistem saraf utama yang membuatkan individu akan berasa diri lebih cergas dan tidak mengantuk.

Namun harus diingatkan, pengambilan kafein yang terlampau boleh menyebabkan seseorang itu sakit perut, pening, sukar untuk tidur, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan peningkatan degupan jantung.

Ramai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) mengamalkan minuman kafein ketika mengulang kaji pelajaran.

Rata-rata golongan remaja yang ditemui berkata, untuk mengelakkan diri daripada tertidur ketika membaca buku, jalan penyelesaian terbaik adalah mencari kopi atau minuman kafein. Makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, ­aiskrim dan beberapa jenis ubat-ubatan antara yang mengandungi kafein.

Pelik bila melihat ada remaja hari ini yang terlalu ketagih minuman kafein. Tidakkah mereka bimbang dengan tahap kesihatan apabila umur meningkat ke fasa senja?

Mungkin sekarang kesan buruk itu belum lagi kelihatan namun bagaimana kesan untuk masa hadapan yang boleh memudaratkan kesihatan jantung dan sistem saraf seseorang itu?

Memang satu penyeksaan ketika mula-mula untuk berhenti daripada mengambil minuman berkafein dan harus mendapatkan sokongan daripada pakar perubatan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

Mereka yang ketagih akan mengalami ‘withrawal ­symptoms’ seperti gejala sakit kepala. Jika tidak tahan dengan rasa sakit itu, penggemar minuman kafein terpaksa ‘rehat seketika ‘ daripada minum kafein.

Keletihan dijadikan alasan utama untuk mengambil minuman berkafein. Terutama apabila penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan kerja yang lain di rumah.

Golongan muda akan mengambil kafein untuk menguatkan tenaga sehingga menyebabkan badan akan menjadi lemah keesokannya kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

Tidak salah untuk mengambil kopi atau minuman kafein yang lain, namun haruslah dalam kuantiti sederhana yang sesuai dengan penerimaan tubuh badan seseorang itu.

Cukup sekadar secawan kopi sehari sudah memadai dan amalkan minuman air kosong yang lebih berkhasiat.

8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia

Dalam dunia penerbangan, pendaratan dan berlepas adalah perkara paling sukar dan bahaya. Walaupun nampak mudah, hakikatnya juruterbang memerlukan fokus tinggi, kerjasama pembantu dan landasan yang bagus untuk mendaratkan pesawat dengan baik.

Namun, bagaimana dengan lapangan terbang yang memiliki landasan pendek, curam atau laluan berbahaya?

Pastinya juruterbang yang memiliki pengalaman serta kemahiran yang tinggi saja dibenarkan untuk melakukan penerbangan di lapangan tersebut.

Berikut adalah lapan lapangan terbang paling menggerunkan dan memerlukan pertimbangan serius sebelum anda berlepas ke lokasi atau mendarat.


Lapangan Terbang Paro, Bhutan

Dikelilingi puncak Himalaya yang tinggi, lapangan terbang kecil itu dikatakan paling mencabar bagi seorang juruterbang.

Pesawat yang hendak mendarat di situ bukan saja perlu mengelak puncak gunung di sekeliling lapangan terbang, tapi perlu berhati-hati dengan puluhan rumah di sekitar kawasan berhampiran.

Dalam beberapa kes, ada kapal terbang yang melepasi jarak beberapa meter saja daripada bangunan.

Malah, proses pendaratan boleh jadi bertambah sukar dengan kehadiran angin.
Sehingga kini, hanya lapan juruterbang di dunia dianggap berkeupayaan untuk mendarat di sana.


Lapangan Terbang Ais Runway, Antartika



Pernahkan anda terfikir bagaimana reka bentuk lapangan terbang di Antartika?

Landasan kapal terbang di negara itu diperbuat sepenuhnya daripada ais, tanpa tanah sebagai asas untuk menyokong struktur di bawahnya.

Walaupun pada musim bunga, lapisan ais di situ masih tebal dan mampu menampung berat pesawat.

Namun, jika terlalu berat, pesawat mungkin boleh terbabas dan menjunam terus ke dalam air sejuk.

Anehnya, pada musim sejuk pula, ais di laut menjadi begitu lemah hingga mustahil untuk kapal terbang mendarat dengan selamat, sekalipun ia hanyalah pesawat ringan.


Lapangan Terbang Matekane, Lesotho



Landasan pendek sejauh 400 meter itu sering menjadi topik perbualan serius berikutan tidak memberi ruang cukup kepada juruterbang untuk berada di atas tanah.

Terletak di pergunungan tinggi, juruterbang perlu memandu secara langsung dari pinggir tebing setinggi 610 meter sebelum berlepas ke udara.




Lapangan Terbang Antarabangsa Barra, Scotland


Lapangan terbang seumpama itu adalah satu-satunya di dunia yang mana pesawat perlu mendarat di pantai.

Barra adalah pulau di Outer Hebrides dengan jumlah penduduk hanya 1,174.

Tidak hairanlah jika orang ramai tidak tertarik untuk datang berkunjung ke pulau terbabit kerana lapangan terbangnya hanya sekadar jaluran pantai.

Juruterbang perlu memastikan masa pendaratan sesuai kerana jika berlakunya air pasang, mereka akan mendarat terus ke laut.



Lapangan Terbang Gibraltar



Lapangan terbang ini sememangnya cukup unik dan kadangkala boleh jadi menyeramkan.

Ini kerana di tengah-tengah landasannya ada lebuh raya utama yang menghubungkan laluan di kiri dan kanan.

Apabila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng dan penghadang jalan akan diturunkan seperti di kebanyakan landasan kereta api.

Bahaya sentiasa menanti jika ada pemandu kereta yang bertindak melintas secara tiba-tiba!

Begitupun, pihak berkuasa dilihat sentiasa mengambil langkah waspada dengan menutup kedua-dua laluan lebuh raya ketika ada pesawat ingin mendarat ataupun berlepas.


Lapangan Terbang Pulau Tioman, Malaysia

Lapangan terbang itu dikatakan sangat berbahaya dan juruterbang yang memandu pesawat ke pulau berkenaan mesti menerima latihan khas sebelum dibenarkan mendarat.

Mereka perlu menerbangkan pesawat secara langsung di banjaran gunung yang bergerigi sebelum melakukan pusingan tajam untuk memasuki landasan.

Dalam keadaan itu, sesiapapun tidak mampu mengelak imaginasi buruk serta bayangan maut.

Sekiranya pendaratan cekap gagal, risiko insiden mengorbankan banyak nyawa adalah tinggi.


Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, Nepal





Dikenali sebagai salah satu lapangan terbang paling sibuk di Nepal, Tenzing-Hillary beroperasi pada ketinggian 2,438 meter dan hampir tidak ada ciri-ciri kawalan trafik moden.

Lebih teruk, lapangan terbang ini tidak ada lampu dan hanya mempunyai bekalan tenaga elektrik yang sangat sedikit.

Kawasan ini kerap berdepan masalah liputan awan dan cuaca buruk. Sebab itu hanya penerbangan waktu siang dibenarkan dan bergantung kepada tahap kemahiran juruterbang di kawasan tersebut.


Lapangan Terbang Princess Juliana, The Caribbean

Asalnya adalah lapangan terbang tentera pada zaman Perang Dunia Kedua, tapi sekarang sudah menjadi hub utama untuk ke pulau Carribean sekitarnya.

Pesawat yang mahu mendarat di kawasan itu biasanya terbang rendah hingga mencapai jarak beberapa meter dari tanah.

Orang ramai, khususnya pengunjung pantai akan mengambil kesempatan berkumpul untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.

Berbeza dengan juruterbang, dia perlu tangkas mengawal pesawat untuk mengelak daripada terbabas ke kawasan berdekatan St Peter Hill.

Saturday 27 September 2014

Kisah Sebenar Harimau Putih Menyerang Pemuda Yang Mempunyai Masalah Mental

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.

Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.



Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.



Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.
Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.



“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.



Biar Betul? Tenung Payudara Mampu Memanjangkan Usia Lelaki

Ini adalah kajian yang dijalankan keatas 200 lelaki (sejati dan tulen) di Eropah.


Kajian yang diketuai oleh Dr. Karen Weatherby menyatakan, renungan selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gym.


Jadi selepas ini, kalau ada lelaki yang merenung payudara anda selama 10 minit, biarkan saja kerana anda sedang membantu panjangkan umur lelaki tersebut.

Tapi kalau dah setengah jam pun masih lagi merenung buah dada anda, lelaki tersebut bolehlah dihadiahkan penumbuk atau lapor kepada boyfriend anda.

Jangan Terkejut! Perempuan Juga 'Gatal' Seperti Lelaki




Kesimpulannya yang jelas dan nyata, wanita sukar mengakui bahawa dirinya gatal. Meskipun sudah jelas, dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah apabila dikata begitu. Berbeza lelaki, kebanyakan lelaki hidung belang bangga apabila disamakan seperti buaya darat.
Meninjau alasan mereka setiap kali menolak, status gatal atau perasan itu terlalu keras untuk dilabelkan. Malah ia kedengaran seperti tiada maruah untuk seorang wanita sedangkan ia memang realiti.

Sebuah majalah wanita sendiri pernah melaporkan yang hari ini lebih 50 peratus hubungan ia bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, minta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada si lelaki.

Perangai lelaki lebih kurang sama, mereka tidak sekali menunjukkan rasa minat ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun mereka sememangnya minat dan suka berbanding wanita yang lebih mudah mengukir senyum jika tersentuh jiwanya.

Hakikatnya antara lelaki dengan wanita, memang tiada bezanya dalam soal ‘gatal’ ini. Kalau kita katakan lelaki miang itu sangat ramai, wanita gatal pun tidak kurang. Mereka ada di mana-mana contohnya di pejabat, di taman-taman perumahan, di institut pengajian, malah di mana saja.

Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang itu sedangkan wanita sedaya mungkin cuba menyembunyikannya bagi terlepas daripada gelaran ‘wanita berangan’ atau ‘syok sendiri’.

Kalau kita lihat dari perspektif lebih luas, lelaki yang gemar bergaul, banyak kenalan dan jenis periang adalah mereka yang lebih cenderung bersikap gatal atau mengurat. Tapi perlu diingat, tidak semua lelaki begitu berniat lebih sebaliknya mereka gemar mengusik saja bukannya ingin untuk ke fasa seterusnya.

Kebanyakan lelaki memang bersikap ‘test market’ walaupun sudah mempunyai teman wanita. Tapi sayangnya, wanita pula yang terlebih ‘feeling’ dan mudah sangat jatuh hati sedangkan ia hanya ‘crush’.

Siapa golongan wanita yang acap kali dilabel gatal?

Kebiasaannya gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Kiranya cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan bagi kebanyakan gadis hari ini.

Tapi lebih kronik dan ada kalanya tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah setiausaha. Itulah stigma yang melekat pada masyarakat kita yang mana kerjaya ini sering kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Kasihan juga pada mereka yang kebetulan berkerjaya ini kerana tanggapan itu sudah sinonim dan sukar ditepis walaupun tidak semua bersikap begitu.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan terbit rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Kalau dilihat mengapa stigma ini berlaku, ia berpunca daripada sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, memang banyak kes membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki yang berlaku.

Bos lelaki itu sanggup curang dengan isteri dan anaknya malah lebih teruk ada yang ‘kantoi’ depan mata menjalin hubungan dengan setiausaha mereka sendiri. Maklumlah setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan majikan mereka di pejabat membuatkan majikan lelaki lebih selesa dengan layanan mereka berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Tiada yang konkrit untuk melenyapkan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, ia lebih mudah kerana jarang sekali kita dengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru kepada setiausaha wanita terutamanya yang muda, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Itu kisah kerjaya yang acap kali dikaitkan dengan isu ini, tapi ada banyak lagi jenis wanita yang gatal dan cepat miang, cuma semuanya lebih mudah untuk dinilai sendiri.

FAKTA : 90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Oleh Teman Lelaki


GEORGE TOWN – Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.

Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.

“Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini,” katanya semasa merasmikan ‘Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat” di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.

Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja.

Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Thaiveegan berkata statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.

Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.

“Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita,” katanya.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).

Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.

“Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit … sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka.

“Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing,” katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri.


Sumber : Bernama

Tesco Jual Mug Diperbuat Dari Tulang Babi??

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang dianggap bermutu diperbuat daripada kisaran halus tulang haiwan.

Tulang haiwan yang biasa digunakan pula tak lain tak bukan, khinzir selain daripada lembu.



Hasil penggunaan tulang haiwan ini pinggan mangkuk kelihatan putih bersih, tidak seberat seramik biasa dan tahan lama.

Di bawah adalah hukum menggunakan pinggan mangkuk jenis ini mengikut fatwa dikeluarkan JAKIM.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan ba.bi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Daripada sini jelaslah, produk ini TIDAK HALAL digunakan umat Islam kecuali binatang digunakan disembelih mengikut hukum syarak.

Masalahnya binatang di China tu disembelih ikut syarak ke? Sah-sah payah nak jumpa yang macam tu kot..

Jadi kesimpulannya, produk begini tidak sepatutnya dijual berleluasa kepada masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.

Justeru tindakan sebuah pasar raya terkemuka di Selayang menjual mug daripada jenis ini dipertikaikan oleh seorang pelanggan yang memuat naik status di atas di Facebook.


Apa yang dikesalkan, terdapat unsur cuba memperdayakan pelanggan beragama Islam apabila barkod mug ini ditampal pada jenama yang menunjukkan bahawa ia diperbuat daripada tulang haiwan.

Sekiranya benar dakwaan ini maka pasar raya terbabit harus menarik balik produk terbabit dari rak atau mengasingkannya di bahagian non-halal.

Ia mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak namun bagi mereka yang berpegang teguh pada hukum Islam, perkara ini amat sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan.

Aatah lagi hukum dan fatwa dikeluarkan JAKIM sepatutnya dijadikan garis panduan oleh semua pihak demi kemaslahatan umat Islam negara ini.

Sumber: Mynewshub

Biadap!! Alvin Terus Mengundang Kemarahan!

Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger seks terkenal Malaysia 'Alvivi' nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya.



Lihat saja gambar yang telah diupload oleh Alvin diatas, terpampang jelas perkataan "FUCK UMNO".

Menurut apa yang ditulis di dalam statusnya itu, Alvin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan akta hasutan yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum. Menurutnya juga, dia mengeluarkan status sedemikian rupa sebagai 'wakil' kepada mereka-mereka yang telah dihukum dibawah akta itu.


Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri. Didalam statusnya itu, Alvin mengatakan Najib sebagai 'tiada telur', Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier.

Alvin Tan yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa beliau telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Tan dan pasangannya Vivian Lee menghadapi tuduhan di bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia.

Thursday 25 September 2014

5 Lukisan Lucah Paling Mahal Di Dunia!


Lucah tetapi mahal harganya sehingga mencecah jutaan ringgit. Itulah realiti dunia di mana setiap lukisan yang pelik dan lucah yang kadang-kadang langsung tidak difahami menjadi begitu mahal harganya.

Mungkin kelihatan lucah atau tiada makna bagi mereka yang buta seni. Namun, ianya mempunyai maksud tersirat yang hanya boleh difahami oleh mereka yang kononnya berjiwa seni.

In A Black Armchair




Lukisan ini dibuat pada tahun 1932 oleh Pablo Picasso, dan dijual dengan harga $45.1 juta.


Study Of Nude With Figure In A Mirror



Lukisan ini dibuat oleh Francis Bacon pada 1992, dan dijual dengan harga $39.7 juta.


Nu Couche De Dos


Lukisan ini dilukis pada tahun 1995 oleh Lucien Freud, dan dijual dengan harga $33.6 juta.


Benefit's Supervisor Sleeping














Lukisan ini dilukis pada tahun 1995 oleh Lucien Freud, dan dijual dengan harga $33.6 juta.


Les Femmes D’Alger















Lukisan telanjang ini dibuat oleh Pablo Picasso, dan dijual dengan harga $32 juta.

Nasihat Sharnaaz Kepada Bekas Kekasih, Shila Amzah

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.


“Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

“Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh,” katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa.

Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayu hanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.

Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.

Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.

”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.

Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.

“Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.

Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humor spontan.

“Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama,” katanya.

Dollah Superstar turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Neelofa, Fizz Fairuz, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain Sharnaaz bakal membuka sebuah pusat kecergasan yang bakal beroperasi pada Oktober ini di Segambut Kuala Lumpur dan hanya mengenakan bayaran RM5 kepada pengunjung.