Friday 17 October 2014

Mak Nyah Berjanggut Menang Pertandingan Nyanyian Antarabangsa!

Austria buat pertama kalinya dalam tempoh 48 tahun memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij Eropah, awal hari ini apabila wakil mereka seorang Mak Nyah memenanginya.


Lebih unik, wakil negara itu Conchita Wurst turut dikenali dengan gelaran “Wanita Berjanggut”.

Conchita berusia 25 tahun dengan nama sebenarnya ialah Tom Neuwirth menjuari pertandingan itu di Copenhagen, Denmark biarpun terdapat kata-kata persembahannya Conchita dalam keadaan begitu akan mendapat kritikan di negara yang mempunyai perspektif sosial yang agak konservatif.

“Kita semua bersatu dan kita tidak boleh dihalang,” katanya selepas menjuarai pertandingan itu dengan 290 mata meninggalkan naib juara dengan hanya 238 mata dari Belanda, menurut laporan laman web Mashable.com

Ketika ditanya apa yang bakal diberitahu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang mana telah menandatangani undang-undang mengharamkan hubungan sejenis, Conchita berkata kebangkitan golongan itu tidak boleh dihalang.


Conchita memenangi Euroivision dengan kebanyakan mata berharga diperolehi dari Britain, Sweden dan Belanda.

Kali terakhir Austria memenangi pertandingan itu adalah pada tahun 1966 dengan lagu Meri Cherie nyanyian Udo Juergens.

Pertandingan itu telah dimulakan pada tahun 1956, yang mana proses undian dikatakan dipengaruhi politik termasuk pada tahun ini apabila kebanyakan penonton mengatakan akan memberi undian kepada wakil Rusia.

Negara seperti Azerbaijan dan Belarus kedua-duanya memberikan markah penuh kepada wakil Rusia Tolmachevy Sisters dengan lagunya Shine.
Sumber: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment