Friday 3 October 2014

Forensik : Harimau Sebenarnya Cuba Menyelamatkan Pemuda Tersebut

Pastinya masih segar lagi akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi.



Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh hariamu putih tersebut jauh ke dalam kandang.

Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.

Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.



Kenyataan tersebut berdasarkan luka pada badan mangsa tersebut yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain.

No comments:

Post a Comment