Saturday, 30 August 2014

Kisah Sedih Seekor Gajah 50 Tahun

Seseiapa sahaja yang membaca akan kisah seekor gajah ini pasti berasa sedih dan terharu di mana  seekor gajah yang bernama Raju, diselamatkan oleh sebuah organisasi hidupan liar, India.


Raju digunakan oleh tuannya sebagai pertunjukan di jalanan dan juga pelancong yang akan memberikan token untuk buat Raju dan tuannya. Apa yang difahamkan, Raju tidak dijaga dengan baik malah didera dan sering kelaparan sehingga makan plastik.


Menyedihkan apabila Raju dipukul dan kakinya digari dan diikat dengan besi. Ketika diselamatkan, Raju dikatakan mengalirkan air mata mungkin kerana bebas dari rasa sakit dengan besi yang mengikat kuat kakinya.




Selepas 50 tahun diseksa dan didera, kini Raju dibebaskan.

No comments:

Post a Comment