Saturday 30 August 2014

Penyokong Ngap Sayot Merusuh

KUCHING 31 Ogos - Sebuah kereta peronda polis menjadi mangsa kemarahan penyokong Sarawak selepas pasukan mereka tersingkir daripada Piala Malaysia setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Negeri di sini malam tadi, sekali gus mencemarkan kemeriahan negara menyambut sambutan Hari Kebangsaan Ke-57.



Beberapa penyokong kemudian pengsan apabila polis menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan setelah penyokong enggan menurut nasihat agar bertenang.

Rusuhan mula tercetus sebaik perlawanan berakhir dengan sebahagian penyokong 'Ngap Sayot' bagai hilang kewarasan dan keadaan di dalam stadium mula menjadi huru-hara.
Mereka membaling botol minuman ke padang serta menjerit marah kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Pihak polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kemudian cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong keluar namun tindakan tersebut mengundang kemarahan mereka yang kemudiannya memecahkan pintu utama Stadium Negeri.



Pihak polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata terhadap perusuh selepas beberapa kali memberi amaran supaya bertenang dan meninggalkan stadium, menyebabkan beberapa penyokong yang terperangkap pengsan akibat terhidu gas. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment