Thursday 28 August 2014

Maria Farida Memilih

Maria Farida memilih? Tapi takpela, kena la dengan orangnya yang langsing, gebu dan kelihatan anggun walau di usia lanjut. Tetapi beliau bukan memilih apa pun, cuma memilih wakta dalam lakonan.




Pelakon cantik ini sangat memilih watak yang diberi tidak kira untuk drama mahupun filem. Bertemu di malam tayangan perdana filem Mamak Cupcake, Maria Farida menegaskan dia melihat senarai pelakon terlebih dahulu untuk menerima sesebuah tawaran.

“Ya saya memilih terlebih dahulu siapa pelakon-pelakon dalam setiap drama ataupun filem yang ditawarkan kepada saya. Bukan apa, kalau pelakon yang saya tidak serasi susah pula di set pengambaraan dan menyusahkan produksi dan pengarah. Saya cukup tidak suka kalau pelakon yang tidak berdisplin seperti datang lambat ke set. Ia bukan sahaja menganggu perjalanan pengambaran malah perkara lain juga. Sebagai pelakon senior saya patut menegur mereka”.

“Saya tidak mahu kurang ajar di set seperti marah-marah tetapi jika sudah melampau saya tidak akan berkata apa-apa tetapi saya terus angkat kaki dan meninggalkan set pengambaraan. Selalunya pelakon-pelakon baru yang berperangai sedemikian. Sepatutnya mereka menghargai masa dan hormat seluruh produksi yang terlibat. Macam pelakon dalam Mamak Cupcake, saya suka berlakon dengan mereka. Siti Saleha, selalu datang awal. Pelakon seperti itu yang kita mahukan”, 
cerita Maria Farida panjang lebar.

Manakala bagi filem Mamak Cupcake, cabaran bagi Maria ialah dia perlu menahan gelak apabila bersama pelakon-pelakon lain.

“Tahu sahajalah kalau ada Azad, kemudian Accapan, mereka suka buat lawak. Saya perlu tahan dengan mereka supaya tidak tergelak sama. Mereka pun suka terlebih skrip. Skrip tulis begini sampai pada mereka lain. Jadi saya perlu pandai untuk menyambut kata-kata mereka itu”.


p/s : pernah jumpa dia in person, memang cantik orangnya!

No comments:

Post a Comment