Tuesday, 30 September 2014

Sempoi! CEO Penerbangan Jepun Pergi Kerja Naik Bas

Gaya hidup dan gaya kerja beberapa orang tertinggi dalam sesebuah syarikat korporat berbeza-beza mengikut personaliti masing-masing.

Lebih-lebih lagi gaya hidup seorang yang berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Di Facebook Aviation With Style yang memaparkan berita mengenai industri penerbangan seluruh dunia, ia memaparkan gaya kerja CEO sebuah syarikat penerbangan antara 10 yang terbaik di dunia.

Itulah Presiden dan CEO Syarikat penerbangan Jepun Japan Airlines (JAL) Haruka Nishimatsu yang bekerja dengan gaya sederhana mengikut paras pekerja-pekerja bawahannya yang banyak membantunya.

Nishimatsu memulakan harinya dengan pergi ke pejabat dengan menaiki bas awam. Kemudian pada waktu tengahari, beliau turut beratur bersama-sama dengan ratusan pekerjanya di kafeteria tanpa meminta diberi keutamaan sebagai CEO.




Ketika JAL memberhentikan pekerja dan meminta pekerja yang sudah berumur agar bersara awal, Nishimatsu turut memotong setiap elaun dan faedah yang diterimanya sebagai CEO syarikat penerbangan itu.

Untuk tahun ketiga kali ini, beliau memotong gajinya sendiri.

Pada tahun 2007, gaji Nishimatsu ialah kira-kira US$90,000 Dolar Amerika setahun (RM293,985) lebih rendah dari jumlah gaji yang diperolehi oleh juruterbang JAL.

“Pekerja yang menerima pelawaan untuk bersara awal adalah dalam generasi yang sama dengan saya, jadi saya rasa saya mesti berkongsi bayaran gaji saya dengan mereka jadi saya ubah gaji saya.

“Ia bukanlah satu masalah besar bagi saya,” kata Nishimatsu.

Apabila ditanya adakah beliau mengetahui bahawa CEO di negara lain memperolehi bayaran berjuta-juta setahun, beliau hanya terkejut dan berasakan ia tidak sepatutnya berlaku seperti itu.

Mungkin CEO syarikat penerbangan Malaysia (MAS) boleh belajar sesuatu daripada cerita ini agaknya.

No comments:

Post a Comment