Saturday, 13 September 2014

Bahaya Masuk Kereta Terus Buka Aircond!





Mungkin ramai di antara kita , segera menghidupkan penghawa dingin sebaik sahaja masuk ke dalam kereta yang tertutup rapat.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). 

Disamping menyebabkan kanser , ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Luekemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. 

Kadar pendedahan Benzere yang dibenarkan ialah 50mg bagi kaki persegi. Manakala, jika kereta anda terdedah pada matahari, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap dibenarkan.

Anda dinasihatkan untuk membuka tingkap dan aircond kereta dahulu sebelum anda masuk ke dalam kereta unutk membebaskan Benzene ini. Pastikan keluarga dan kawan anda tahu mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment