Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.
Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.
Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.
Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara.
Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
Allahua’lam. Semoga bermanfaat dan sebarkan
No comments:
Post a Comment