"Saya ada persembahan di salah sebuah pasaraya di Kelana Jaya. Jadi saya gunakan letak kereta valet untuk memudahkan saya nanti. Tetapi saya tidak sangka pula mereka letak kereta saya di tempat yang tengah cat. Kereta saya kena cat tersebut.
"Kemudian tanpa pengetahuan saya mereka boleh pula pergi basuh kereta saya. Tetapi cat tersebut masih ada dan memang sukar untuk dihilangkan. Tepuk dahi sekejap bila saya tengok keadaan kereta kesayangan saya ketika itu", cerita RJ.
RJ menepis dakwaan yang dikhabarkan dia telah mengamuk di tempat kejadian. "Saya tidak marah mereka 100% cuma saya cakap dengan mereka secara tegas. Mereka bukan warganegara Malaysia jadi saya perlu cakap berkali-kali. Mereka hanya tahu cakap maaf dan maaf. Saya peliklah sepatutnya tempat letak kereta valet tidak jadi macam ini. Takkan mereka letak di merata-rata tempat.
Baik saya letak kereta di tempat yang biasa. Saya nak senangkan kerja saya. Lepas itu mereka pergi basuh kereta saya tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.
"Tetapi saya tidaklah maki hamun mereka atau sebagainya. Tidak sama sekali lagipun perkara sudah terjadi. Saya pun tahu jaga batas saya. Takkanlan saya perlu marah mereka dengan teruk. Mereka juga bekerja juga".
"Ada officer mereka datang kepada saya dan kami berbincang secara elok. Saya puas hati dengan cara mereka selesaikan masalah ini. Mereka tawar untuk bersihkan cat tersebut tetapi saya tolak kerana saya perlu gunakan kereta kerana malamnya saya ada persembahan pentas. Saya perlu cepat sampai. Jadinya tidak mengapa, saya selesaikan sendiri. Cuma harapan saya agar mereka lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta pelanggan", ujar RJ penuh harapan
No comments:
Post a Comment