Friday, 12 September 2014

Memalukan! Bekas Ahli Kumpulan Ruffedge Terima Hukuman Kerana Merogol

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.



Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

“Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

“Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

No comments:

Post a Comment