Monday, 15 September 2014

Penyakit Ebola Melanda Sarawak??



KUCHING: Khabar angin tentang kes Ebola di Sarawak telah tesebar dengan begitu cepat sekali.

Khabar angin itu diserta dengan satu gambar yang menunjukkan kawasan berpagar di labelkan dengan "Quarantine Ebola Area".

Menurut laporan TheBorneoPost, satu sumber telah mengakui bahawa dua orang pelajar Afrika yang berada di Kuching telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada petang Ahad setelah mengadu batuk dan demam.

Kerana pusat perubatan swasta wad pengasingan, mereka telah dipindahkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak.

Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr Jerip Susil berkata ketika dihubungi, beliau tidak mempunyai apa-apa komen mengenai khabar angin yang masih belum disahkan itu lagi.

"Tidak ada pengesahan makmal lagi," katanya tanpa mengulas lebih lanjut lagi.

Dr Jerip akan mengadakan sidang media petang ini

No comments:

Post a Comment