Thursday, 25 September 2014

Kisah Benar : Derita Suami Beristerikan Wanita Cantik


Kisah ini diterima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama…

Mengerikan! Mayat Pelajar Yang Dibaham Harimau Di India

NEW DELHI – Seorang remaja menghadapi detik tragis apabila beliau maut dibaham seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.



Saat-saat akhir  pemuda tersebut sebelum menjadi mangsa harimau putih mula menjadi viral dilaman sosial menerusi sekeping gambar disamping video footage yang dimuat naik di laman sosial.

Kebanyakan pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja itu yang berdepan detik-detik akhir dibaham harimau putih terbabit.

Menerusi laporan AFP, harimau putih itu menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang harimau yang menempatkan haiwan terbabit di sebuah zoo di India.


Pengunjung yang berada ditempat kejadian turut sama membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, tetapi usaha itu dilihat gagal bagi membantu mangsa apabila harimau itu menerkam mangsa dibahagian lehernya.

Mayat remaja malang itu telah dibawa ke sebuah hospital di New Delhi untuk dibedah siasat. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan samaada mangsa di tempat kejadian seorang diri atau bersama rakannya, lapor AFP.

Wednesday, 24 September 2014

Panduan Elak Ditindih Makhluk Halus Ketika Tidur



Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
 


Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam


Binatang Pelik Peliharaan Mike Tyson


Binatang Peliharaan Mike Tyson | Peninju terkenal, Mike Tyson mempunyai seekor binatang peliharaan yang agak pelik bagi orang ramai dan garang sepertinya.
Mike Tyson memelihara tiga ekor harimau putih yang berharga US$70,000 dan kos yang diperlukan sangat tinggi termasuk makanan dan jurulatih haiwan akhirnya memaksa dia untuk menjual harimau-harimau itu.

Pemuda Menjadi Genius Setelah Dibelasah Samseng

Orang kata, untuk menjadi pintar pintar bukanlah mudah. Perlu rajin belajar dan selalu mendapat anugerah pelajar cemerlang di sekolah. Tapi, Jason Padgett tidak perlu melakukan semua itu untuk menjadi genius matematik.



Hanya dalam tempoh satu malam, selepas dibelasah oleh sekumpulan samseng, Jason berubah menjadi bijak sehingga memiliki kecerdasan tinggi yang luar biasa.

Sejak kecil, Jason yang berasal dari Tacoma, Washington bukanlah seorang budak pintar. Malah, hingga ke hari ini, dia langsung tidak mempunyai sebarang ijazah walaupun pernah melanjutkan pelajaran ke kolej.

Bagaimanapun, Jason tidak dapat menghabiskan pelajarannya selepas disingkir kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak kolej.

Dengan gelaran bekas mahasiswa yang dibuang dari kolej, Jason hanya mampu bekerja dan menjawat jawatan sebagai penyelia kedai perabot. Biarpun bekerja, banyak masanya dihabiskan dengan berpesta dan berpoya-poya. Pendek kata, dia berminat dengan dua perkara sahaja, bekerja dan berhibur di kelab malam.

Sehinggalah pada suatu malam, ketika dia berjalan keluar selepas berpesta di sebuah kelab karaoke di Tacoma, Jason diserang oleh sekumpulan samseng. Mereka memukul dan menendang kepalanya berkali-kali semata-mata mahu mencuri jaket kulit yang dipakainya berharga $99 dolar.

Ketika itu menurut Jason, tiada apa yang boleh dilakukannya selain memikirkan mati. Dia sedaya-upaya melawan dan cuba mengecam wajah-wajah suspek tapi tidak berjaya. Apa yang dilihatnya hanyalah cahaya terang seperti kilat, sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri.




Ajaib, dia bukan saja terselamat dalam serangan itu, malah menerima hadiah berupa misteri matematik. Dua hari selepas kejadian itu, Jason merasakan dirinya ada sesuatu yang berbeza. Dia tiba-tiba mampu melukis diagram yang mewakili rumus-rumus matematik dalam pelbagai bentuk format.

Jason juga tidak lagi melihat dunia dengan cara yang sama seperti kebanyakan orang. Dimana-mana sahaja, dia melihat formula matematik yang kompleks seperti Teorem Pythagoras.

Ibaratnya, mata lelaki ini seperti sebuah skrin yang tidak pernah berhenti memaparkan rumus-rumus dan formula matematik. Malah, setiap benda yang ada lekukan atau lingkaran, semuanya terlihat seperti diagram matematik.

Bakat luar biasa Jason yang terserlah selepas tragedi itu telah menarik perhatian ramai ahli perubatan dari seluruh dunia. Setiap mereka cuba memahami dan mencari jawapan sebenar bagaimana otak berfungsi sehingga berubah sebegitu rupa.

Pakar Neurosains dan Falsafah dari Pusat Neurodynamics, Universiti of Missouri-St. Louis, Profesor Berit Brogaard, antara pakar yang serius ingin mengetahui keadaan otak Jason. Profesor Brogaard bersama pasukannya kemudian terbang ke Finland untuk menjalankan satu siri ujian ke atas Jason.

Hasil pemeriksaan menunjukkan kawasan otak Jason yang mengawal matematik dan imej mental didapati menyala. Profesor Brogaard menjelaskan, kerosakan yang disebabkan oleh serangan itu telah menyebabkan beberapa bahagian otak yang lazimnya tidak boleh diakses terdedah.

Penyelidik percaya, kerosakan yang berlaku pada otak Jason telah memberikannya hadiah yang luar biasa dalam dunia matematik. Keadaan inilah yang membuatkan beliau memiliki kecerdikan luar biasa setara dengan manusia super.

Kebolehan mengagumkan ini menjadikan dia satu-satunya manusia di dunia yang diketahui mempunyai kemahiran dan kepakaran matematik hanya disebabkan oleh kecederaan kepala. Sama seperti ahli matematik yang cemerlang seperti John Nash dalam filem Hollywood, A Beautiful Mind, lakonan Russell Crowe.

Apabila ditanya pendapat beliau sama ada bakat genius itu sebuah hadiah ataupun bebanan, Jason berkata, perasaannya bercampur aduk.

Kadangkala katanya, dia benar-benar ingin menghentikan saja bakat baru yang diperolehinya itu. Bagaimanapun, daripada sudut lain, ia sebenarnya memberi banyak kebaikan daripada keburukan.

Menurut Profesor Brogaard, keadaan yang dialami Jason dikenali sebagai Sindrom Savant. Ia adalah suatu keadaan di mana individu dengan gangguan perkembangan saraf, gangguan autisme, terutama spektrum atau kecederaan otak, menunjukkan kapasiti yang mendalam atau kemampuan yang jauh melebihi dari apa yang dianggap normal.

Sehingga sekarang, tidak ada kesepakatan tentang berapa ramai orang memiliki keterampilan Sindrom Savant.

Namun, berdasarkan perkiraan, satu dari sepuluh orang penghidap autisme mengalami keadaan ini.

iPhone 6 Mudah Bengkok??

Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.




Tuesday, 23 September 2014

Reaksi Kurang Ajar Setelah Kantoi Pasang CCTV Di Tandas UIA

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.

Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM


Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.



Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:


Tempat belajar pun jadi mangsa mereka yang gilakan seks. Tak tahu la benda tak bermoral ini hasil kerja orang luar atau orang dalam, tapi bayangkanlah apa akan terjadi jika video itu tersebar.