Saturday, 30 August 2014

10 Filem Termahal Di Dunia

Filem merupakan media hiburan yang boleh kita saksikan melalui TV, VCD, atau boleh kita tontong di panggung wayang. Untuk membuat filem yang menarik para penonton tentu memerlukan kos yang mahal.


Pasti semua ingin tahu apakah filem yang memerlukan kos termahal di dunia bukan? Berikut adalah 10 Filem termahal didunia setakat ini :-


Nombor 10
Man Of Steel
Kos : USD 225 Juta





Nombor 9
The Lone Ranger
Kos : USD 226 Juta




Nombor 8
Narnia : Prince Of Caspian
Kos : USD 228 Juta




Nombor 7
The Dark Knight Rises
Kos : USD 230 Juta




Nombor 6
Avatar
Kos : USD 237 Juta




Nombor 5
Harry Potter : Half Blood Prince 
Kos : USD 250 Juta




Nombor 4
John Carter
Kos : USD 258 Juta




Nombor 3
Spiderman 3
Kos : USD 260 Juta




Nombor 2
Tangled
Kos : USD 265 Juta




Nombor 1
Pirates Of Carribean : At World's End
Kos : USD 300 Juta

Penyokong Ngap Sayot Merusuh

KUCHING 31 Ogos - Sebuah kereta peronda polis menjadi mangsa kemarahan penyokong Sarawak selepas pasukan mereka tersingkir daripada Piala Malaysia setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Negeri di sini malam tadi, sekali gus mencemarkan kemeriahan negara menyambut sambutan Hari Kebangsaan Ke-57.



Beberapa penyokong kemudian pengsan apabila polis menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan setelah penyokong enggan menurut nasihat agar bertenang.

Rusuhan mula tercetus sebaik perlawanan berakhir dengan sebahagian penyokong 'Ngap Sayot' bagai hilang kewarasan dan keadaan di dalam stadium mula menjadi huru-hara.
Mereka membaling botol minuman ke padang serta menjerit marah kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Pihak polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kemudian cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong keluar namun tindakan tersebut mengundang kemarahan mereka yang kemudiannya memecahkan pintu utama Stadium Negeri.



Pihak polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata terhadap perusuh selepas beberapa kali memberi amaran supaya bertenang dan meninggalkan stadium, menyebabkan beberapa penyokong yang terperangkap pengsan akibat terhidu gas. 

Sumber : Utusan Online

Kisah Sedih Seekor Gajah 50 Tahun

Seseiapa sahaja yang membaca akan kisah seekor gajah ini pasti berasa sedih dan terharu di mana  seekor gajah yang bernama Raju, diselamatkan oleh sebuah organisasi hidupan liar, India.


Raju digunakan oleh tuannya sebagai pertunjukan di jalanan dan juga pelancong yang akan memberikan token untuk buat Raju dan tuannya. Apa yang difahamkan, Raju tidak dijaga dengan baik malah didera dan sering kelaparan sehingga makan plastik.


Menyedihkan apabila Raju dipukul dan kakinya digari dan diikat dengan besi. Ketika diselamatkan, Raju dikatakan mengalirkan air mata mungkin kerana bebas dari rasa sakit dengan besi yang mengikat kuat kakinya.




Selepas 50 tahun diseksa dan didera, kini Raju dibebaskan.

4 Foto Cun Awek Popular Yang Menjadi Viral

Baru-baru ini gambar seorang awek cun selfie di tengah jalan yang sedang sesak menjadi viral di laman sosial. 

Gambar tersebut mula bertebaran dikongsi selepas ia dimuat naik oleh gadis itu sendiri yang dikenali sebagai Nadia Fawzi menerusi akaun Twitter pada 6.13 petang lalu. 
Kebanyakan komen memuji kecantikan Nadia yang merupakan antara penyumbang mengapa ramai berasakan tindakannya itu adalah comel sedangkan kalau keadaan dirinya tak berapa ada rupa, kemungkinan besar respon diterima sebaliknya.
Dan kerana kecomelan Nadia juga, ramai berminat untuk menyelidik siapakah dia.



Apa yang menariknya, Nadia,20, adalah anak gadis komposer terkenal Fauzi Marzuki.
p/s : rajin betul orang yang kaji selidik ni.. minat betul

Peluru Hidup Kekal Di Kepala

Gambar di bawah adalah Sheikh Mohammed Obaid Al-Rawi, seorang lelaki pertengahan umur dari bandar Iraq di Fallujah. Obaid Al-Rawi berjalan pulang dari solat pada waktu malam ketika pertempuran meletus antara tentera kerajaan dan tentera puak pemisah. Semasa serangan, Obaid Al-Rawi telah terkena tembakan di kepala beliau. 




Obaid Al-Rawi dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan peluru. Apabila dia tiba di hospital dia kembali sedar dan berkata beliau tidak merasa sakit. 

Ia adalah satu keajaiban lelaki ini terselamat. Peluru itu tidak membunuhnya ... ia tidak menembusi tengkoraknya sepenuhnya!

10 Foto Kereta Terpantas Di Dunia (2014)

Rasa macam memandu pada kadar 180km/h tu dah rasa laju sangat? Jangan terkejut jika ada kereta memintas dan dalam sekelip mata sahaja telah JAUH meninggalkan anda berkilo-kilo, haha. Dan sudah pasti kereta tersebut bukannya PROTON mahupun PERODUA, tetapi sebaliknya antara kereta-kereta terpantas di dunia! Ini turut menunjukkan rakyat Malaysia turut mampu memiliki antara jentera pacuan 4 roda terpantas di dunia!


Berikut adalah kereta terpantas di dunia sehingga 2014:-


Nombor 10
NOBLE M600 - 362 KM/H
Pengeluar: Noble Automotive (ENGLAND)
Harga: RM 1,056,000.00


Nombor 9
PAGANI HUAYRA - 370 KM/H
Pengeluar: Pagani (ITALY)
Harga: RM 3,800,000.00


Nombor 8
ZENVO ST1 - 374 KM/H
Pengeluar: Zenvo (DENMARK)
Harga: RM 3,920,000.00


Nombor 7
MCLAREN F1 - 386 KM/H
Pengeluar: McLaren Automotive (ENGLAND)
Harga: RM 3,140,000.00


Nombor 6
KOENIGSEGG CCX - 394 KM/H
Pengeluar: Keonigsegg Automotive AB (SWEDEN)
Harga: RM 1,745,000.00


Nombor 5
SALEEN S7 TWIN-TURBO - 399 KM/H
Pengeluar: Saleen (USA)
Harga: RM 1,777,000.00


Nombor 4
9ff GT9 - 413 KM/H
Pengeluar: 9ff (GERMANY)
Harga: RM 2,222,000.00


Nombor 3
KOENIGSEGG AGERA R - 418 KM/H
Pengeluar: Koenigsegg Automotive AB (SWEDEN)
Harga: RM 5,120,000.00


Nombor 2
BUGATTI VEYRON SUPER SPORT - 431 KM/H
Pengeluar: Bugatti Automobile S.A.S (FRANCE)
Harga: RM 7,680,000.00


Nombor 1
HENNESSY VENOM GT - 435 KM/H
Pengeluar: Hennessy Performance Engineering (USA)
Harga: RM 3,300,000.00


p/s : tak tahu la berapa je pernah ada kat jalan di Malaysia ni,hehe

Serangan Charlie Terhadap Bayi Comel

Menerusi mymediahubonline.blogspot.com  Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.



Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.

Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.
pengguna Facebook berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook. 

Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.

Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi. 

Sila berwaspada ya